1.1 Pengertian Budi
- Budi berasal daripada perkataan sanskrit yang bermaksud bijaksana, memberi kebaikan, mulia, berperibadi mulia dan mempunyai pekerti yang baik.
- Menurut Kamus Dewan (2005), budi membawa maksud berakal dan bijaksana, mempunyai tingkah laku yang baik, perbuatan yang baik, mempunyai bicara atau pertuturan yang baik, berupaya baik dan juga memiliki hati yang suci.
- Pandangan Islam :-
- pandangan umum budi ialah adab, bersopan santun, berakhlak dan beriman.
- pandangan Imam al-Ghazali(2002) budi ialah pertimbangan akal, hawa nafsu dan juga marah.
- pandangan Mustafa Hj Daud(1995) budi ialah adab sopan, bersungguh-sungguh, mempunyai ikhtiar yang tinggi, matang dan bijaksana, berjasa serta berbakti.
- Bagi masyarakat Melayu, budi membawa erti ikhlas, insan yang sempurna, menyenangkan hati orang lain, berjasa dan memberi sumbangan, dan tidak mengharapkan balasan apabila membantu orang lain.
No comments:
Post a Comment