Pada abad ke-21 ini , Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global ini. Kini, Malaysia begitu terkenal di mata dunia . Namun begitu,di sebalik kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat , iaitu masalah pembuangan bayi .Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai satu wabak atau bencana kepada negara . Pembuangan bayi , semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada-dada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yang tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak dapat dinafikan pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penyakit sosial ini. Namun begitu , apakah punca kepada kegagalan tersebut?
Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa ini adalah kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas .Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk menjalinkan hubungan bertentangan dengan hukum agama.Kesannya,remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut , remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu bertanggungjawab atas zuriat tersebut.Hal ini menunjukkan peranan agama dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran, surah Sad,ayat 26 juga menyatakan bahawa ,“…janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah…”.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang negatif dalam kehidupan.
Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini telah memberikan impak yang begitu besar dalam kalangan masyarakat,negara mahupun diri remaja sendiri.Antara kesan permasalahan ini kepada remaja pada masa kini adalah masa depan remaja musnah begitu sahaja akibat kelalaian mereka menuruti hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya.Isu ini akan turut memberi impak kepada negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula adalah Perkembangan ekonomi negara akan merosot dan seterusnya menjejaskan pendapatan negara. Hal ini demikian kerana, remaja merupakan aset penting negara pada masa hadapan dan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara.Masa depan negara terletak ditangan generasi muda yakni remaja itu sendiri .Hal ini kerana , pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara.Namun begitu , jika perilaku negatif remaja berterusan.Siapakah yang akan membela nasib negara kita pada masa akan datang?
Selain itu,zuriat yang dilahirkan juga mengalami kesan yang mendalam..Zuriat merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Namun,kepada mereka yang terlanjur, zuriat yang dilahirkan dianggap beban atau masalah dan bukti keterlanjuran atau kesalahan yang mereka lakukan.Hal ini mendorong mereka untuk membunuh atau membuang zuriat tersebut .Namun, wajarkah bayi yang tidak berdosa itu dihukum akibat kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapanya?.Lebih menyedihkan lagi bayi yang ditinggalkan bukan sahaja dibunuh malah kadang-kala menjadi habuan binatang buas.Bagi bayi yang masih bernyawa pula kesannya lebih mendalam kerana mereka terpaksa menjalani kehidupan dengan memegang gelaran anak luar nikah .Selain itu,bayi tersebut juga tidak dapat mengenali dan mendapat kasih sayang ibu bapa kandung mereka. Masa depan mereka akan turut terjejas.
Kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kemelut ini adalah dengan memberi perhatian dan didikan agama yang cukup kepada remaja sejak kecil lagi .Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya .Memberi didikan dan perhatian kepada anak-anak merupakan tanggungjawab atau peranan setiap ibu bapa.Jika ibu bapa sendiri lalai daripada melaksanakan tugas mereka akibat rakus mengejar kemewahan duniawi.Bagaimana pula dengan nasib anak-anak mereka yang kurang didikan dan kasih sayang?.Lebih-lebih lagi, pada usia yang mencabar inilah remaja memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.Dalam situasi ini, sudah tentu remaja lebih cenderung untuk memilih jalan yang negatif bagi mereka berkongsi kasih dan mendapatkan perhatian akibat kurangnya didikan agama.Oleh itu,masalah ini dapat diatasi jika ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Akhirulkalam,masalah pembuangan bayi ini dapat diatasi di negara kita sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras penyakit sosial ini agar tidak menular dengan lebih serius dan menjejaskan pembangunan dan matlamat negara kita untuk mencapai wawasan 2020.Hal ini kerana,gejala ini melibatkan bakal pemimpin-pemimpin negara kita yakni remaja.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu membanteras gejala ini.Bak kata pepatah hendak seribu dalih , tak hendak seribu daya.
No comments:
Post a Comment