Tuesday, 26 August 2014

1.3 Pengertian Budi Bahasa

Secara literal , budi dimaksudkan dengan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu manakala bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi yang digunakan dalam perhubungan manusia . Budi bahasa meliputi tutur kata , tingkah laku , pemikiran dan perasaan . Nilai-nilai murni ini telah lama diamalkan sejak zaman dahulu dalam menjaga keharmonian sesebuah masyarakat .

    Budi bahasa bermaksud percakapan yang baik , teliti dan elok dalam tutur kata , halus tutur kata , hormat-menghormati , bijaksana , tinggi budi bicara , pemurah , belas kasihan , beradab , bersopan santun , mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia serta tingkah laku yang baik dan mulia .


  • Orang yang mempunyai nilai-nilai seperti ini dikenali sebagai budiman .




  Menurut kamus elektronik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , budi pekerti merangkumi pekerti , akhlak , watak dan kelakuan yang baik , sopan dan pemurah . Budi bahasa juga merujuk kepada tutur kata , kelakuan , sopan santun , tatatertib , akal , kebijaksaan serta perbuatan kebajikan . 

   Budi bahasa juga berkonsepkan dua cara iaitu berbudi melalui bahasa dan bahasa sebagai budi . Antara cara untuk mempraktikkannya ialah :

  • berbudi dengan harta , 
  • membantu dengan kudrat , 
  • memberi nasihat , 
  • memberi idea yang bernas ,
  • memberi tunjuk ajar kepada seseorang ,
  • menyenangkan orang lain . 



 Oleh itu , kerajaan mula menyedari kepentingan sifat berbudi bahasa yang perlu ditekankan kepada setiap individu dan anggota masyarakat di negara Malaysia ini untuk menjamin kesejahteraan hidup dan keharmonian anggota masyarakat itu sendiri . Kerana kesedaran itulah kerajaan telah mewujudkan kempen yang diberi nama Kempen Budi Bahasa Budaya Kita pada tahun 2005 .

Berbudi bahasa menurut Islam

Konsep budi bahasa menurut Islam merangkumi akhlak atau peribadi yang mulia . Ia juga dinilai daripada tutur kata yang baik . Nabi S.A.W. pernah bersabda , maksudnya "apabila kamu saling berjumpa , maka saling mengucap salam dan bersalaman , dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar"

  Orang yang berbudi bahasa memiliki sikap yang bersopan santun secara tidak langsung akan mempamerkan akhlak yang mulia . Allah S.W.T. memuji Rasul-Nya yang sangat mulia akhlaknya daalam firman-Nya surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud , "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia ".

No comments:

Post a Comment