Dalam era globalisasi ini , isu gangsterisma
bukanlah suatu isu yang baru diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia , malah
isu ini juga hangat dibincangan oleh pihak-pihak yang tertentu . Menurut Kamus
Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , gangsterisma didefinisikan
sebagai perkumpulan sulit dalam melakukan sesuatu kegiatan untuk maksud atau
kegiatan jenayah . Dalam konteks gangsterisma di Malaysia , hal ini dapat
diinterprestasikan sebagai individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau
sosial yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak
serta keruntuhan peribadi seseorang individu . Apa yang diperlihatkan pada masa
kini adalah perbuatan gangsterisma ini merupakan salah satu contoh tingkah laku
yang melanggar norma-norma masyarakat dan batasan undang-undang atau
berkelakuan yang tidak boleh diterima sosial. Gejala gangsterisma ini semakin
menular hari demi hari khususnya dalam kalangan pelajar sekolah . Kemajuan yang
telah dicapai oleh negara pada hari ini akan terjejas hebat dengan wujudnya
gejala yang tidak sihat ini .

Beberapa kes yang diketengahkan mengenai
kegiatan gangsterisma yang melibatkan gangster yang memukul pelajar mula
mendapat perhatian dan membuka mata semua pihak pada tahun 2003 dengan
menunjukkan banyak kes terjadi di sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara .
Di antara rentetan kejadian itu adalah di mana 8 orang pelajar tingkatan lima
dari Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK ) telah dibuang sekolah termasuk 2 orang
yang telah mengugut warden dengan menggunakan parang . Selain itu , terdapat
seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman , Ipoh ( STAR ) juga telah
dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan gangsterisma melalui sebuah kumpulan
yang dikenali sebagai “ The High Coucil “ dimana ahli-ahlinya bertemu secara
rahsia dalam waktu yang singkat pada sebelah pagi untuk melakukan kegiatan
membuli pelajar-pelajar junior dan penderaan-pemderaan psikologikal .
Masalah gangsterisma juga boleh diatasi
jika media massa memainkan peranan yang lebih agresif . Pihak media massa
seharusnya mengurangkan atau menghentikan penyiaran filem-filem dan drama-drama
yang megandungi isu-isu yang negative dan tidak sihat seperti keganasan yang
bersifat jenayah . Hal ini dikatakan sedimikan kerana para golongan remaja sangat
mudah dipengaruhi dengan aksi-aksi yang dilakukan oleh pelakon-pelakon pujaan
hati mereka tanpa mengambil kira perkara tersebut yang sebenarnya dikategorikan
salah di sisi undang-undang negara .

No comments:
Post a Comment