Friday, 29 August 2014

Isu Kesantunan - Pembuangan Bayi

  
   Pada  abad  ke-21  ini , Malaysia  merupakan  sebuah  negara  yang  pesat  membangun  dan  bersedia  menongkah  arus  pemodenan  dalam  dunia  global ini. Kini, Malaysia  begitu  terkenal  di  mata  dunia . Namun  begitu,di  sebalik  kegemilangan  ini ,  masyarakat  Malaysia  masih  dihantui  satu  penyakit  sosial  yang  sudah  lama  bersarang  dalam  kalangan  masyarakat , iaitu  masalah  pembuangan  bayi .Isu  pembuangan  bayi yang  tidak  pernah  berkesudahan  ini boleh  dianggap  sebagai satu  wabak  atau  bencana  kepada  negara . Pembuangan  bayi , semakin  hari  semakin  banyak  dilaporkan  di dada-dada  akhbar  dan  yang  paling  menyayat  hati  adalah  apabila  terdapat  bayi  yang tidak  berdosa  dibuang  seperti  sampah  tanpa  ada  sifat  perikemanusiaan.Tidak  dapat  dinafikan  pelbagai  usaha  telah  diambil bagi  membendung  penyakit  sosial  ini. Namun begitu , apakah  punca  kepada  kegagalan  tersebut?

           Antara  punca  kepada  masalah  pembuangan  bayi  yang  kian  berleluasa  ini  adalah  kurangnya  didikan  agama  dalam  kalangan  remaja.Kekurangan  didikan agama yang  merupakan  panduan  dan  pedoman  hidup  telah  menyebabkan  mereka  hilang  arah  dalam  kehidupan  dan  terlibat  dalam  gejala-gejala  negatif  seperti  pergaulan  bebas .Remaja  yang  melibatkan  diri  dalam  gejala  pergaulan  bebas  akan  terdorong  untuk  menjalinkan  hubungan  bertentangan  dengan  hukum  agama.Kesannya,remaja  perempuan  akan  mengandung  tanpa  ikatan  yang  sah.Dalam  situasi  tersebut , remaja  yang  lemah  pegangan  agama  tidak  akan  teragak-agak  untuk  membuang atau  membunuh  zuriat  yang  dilahirkan  kerana  malu  dan  tidak  mahu  bertanggungjawab  atas  zuriat  tersebut.Hal  ini  menunjukkan  peranan  agama dalam  kehidupan  adalah  amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah,   ayat  al-Quran, surah Sad,ayat  26 juga menyatakan bahawa ,“…janganlah  kamu  menurut  hawa  nafsu  kerana  yang  demikian  itu  akan  menyesatkan  kamu  dari  jalan  Allah…”.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi benteng  yang  kukuh  bagi  menangkis  segala  anasir-anasir  yang negatif  dalam  kehidupan. 
    
            Isu  pembuangan  bayi  dalam  kalangan  remaja    ini  telah  memberikan  impak    yang  begitu  besar  dalam  kalangan  masyarakat,negara  mahupun diri remaja sendiri.Antara  kesan permasalahan  ini kepada  remaja  pada  masa  kini  adalah  masa  depan  remaja  musnah  begitu  sahaja  akibat  kelalaian  mereka  menuruti  hawa  nafsu  tanpa  memikirkan  kesannya.Isu  ini  akan turut  memberi  impak  kepada  negara. Antara  kesan  isu ini kepada  negara pula adalah  Perkembangan  ekonomi  negara  akan  merosot dan  seterusnya menjejaskan  pendapatan  negara. Hal  ini  demikian  kerana, remaja  merupakan  aset  penting  negara  pada  masa  hadapan  dan  memainkan  peranan  yang amat penting  dalam  pembangunan  negara.Masa  depan  negara  terletak  ditangan  generasi  muda  yakni  remaja  itu   sendiri .Hal  ini  kerana , pemuda  harapan  bangsa , pemudi tiang  negara.Namun  begitu , jika  perilaku  negatif  remaja  berterusan.Siapakah  yang  akan  membela  nasib  negara  kita  pada  masa  akan  datang?  
        
           Selain  itu,zuriat  yang  dilahirkan  juga  mengalami  kesan  yang  mendalam..Zuriat  merupakan  anugerah  tuhan  yang  tidak  ternilai.Namun,kepada  mereka  yang  terlanjur,  zuriat  yang  dilahirkan  dianggap  beban  atau  masalah  dan  bukti  keterlanjuran  atau  kesalahan  yang  mereka  lakukan.Hal  ini  mendorong  mereka  untuk  membunuh  atau  membuang  zuriat  tersebut .Namun, wajarkah  bayi  yang  tidak  berdosa  itu  dihukum  akibat  kesalahan  yang  dilakukan  oleh  ibu bapanya?.Lebih  menyedihkan  lagi  bayi  yang  ditinggalkan  bukan  sahaja  dibunuh  malah  kadang-kala  menjadi  habuan  binatang  buas.Bagi  bayi  yang  masih  bernyawa  pula  kesannya  lebih  mendalam  kerana  mereka  terpaksa  menjalani  kehidupan  dengan  memegang  gelaran  anak  luar  nikah .Selain  itu,bayi  tersebut  juga  tidak  dapat  mengenali  dan  mendapat  kasih  sayang  ibu  bapa  kandung  mereka. Masa  depan  mereka  akan  turut  terjejas.  
  
           Kita  tidak  wajar  akur  dengan  arus  songsang  ini.Antara  langkah yang   boleh  diambil  bagi  mengatasi  kemelut  ini  adalah  dengan  memberi  perhatian  dan didikan  agama  yang  cukup  kepada  remaja  sejak  kecil  lagi .Hal  ini  kerana,melentur  buluh  biarlah  dari  rebungnya .Memberi  didikan dan  perhatian kepada  anak-anak  merupakan  tanggungjawab  atau  peranan  setiap  ibu  bapa.Jika  ibu  bapa  sendiri  lalai  daripada  melaksanakan  tugas  mereka  akibat  rakus  mengejar  kemewahan  duniawi.Bagaimana  pula  dengan  nasib  anak-anak  mereka  yang  kurang  didikan  dan  kasih  sayang?.Lebih-lebih  lagi, pada  usia  yang  mencabar  inilah  remaja  memerlukan  sokongan dan  kasih  sayang  daripada  ibu  bapa.Namun,kebanyakan  ibu bapa mengabaikan tanggungjawab  mereka.Dalam  situasi  ini, sudah  tentu  remaja  lebih  cenderung  untuk  memilih  jalan  yang  negatif   bagi  mereka  berkongsi  kasih dan  mendapatkan  perhatian  akibat  kurangnya  didikan  agama.Oleh  itu,masalah  ini  dapat  diatasi  jika   ibu  bapa melaksanakan  tanggungjawab  mereka  dengan  baik.   

          Akhirulkalam,masalah  pembuangan  bayi  ini  dapat  diatasi  di  negara kita   sekiranya  wujud  kesedaran  dan  rasa  tanggungjawab  dalam  diri  setiap  individu yang  bergelar  rakyat  Malaysia.Justeru itu, setiap  warga  masyarakat  tanpa  mengira  kaum  haruslah  bersatu  padu  menggembleng  tenaga  mencegah  dan  membanteras  penyakit  sosial  ini  agar  tidak  menular  dengan  lebih  serius dan  menjejaskan  pembangunan  dan  matlamat  negara  kita  untuk  mencapai  wawasan 2020.Hal  ini  kerana,gejala  ini  melibatkan  bakal  pemimpin-pemimpin  negara  kita  yakni remaja.Oleh  itu,marilah  kita  bersama-sama  berganding  bahu  membanteras  gejala  ini.Bak  kata  pepatah  hendak  seribu  dalih , tak  hendak  seribu  daya.

Isu Kesantunan - Ponteng sekolah

 
  Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontrakegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuanpolemik ini.

      Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

     
Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung  memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

      Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

       Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

   
Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

        Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

Video Kesantunan Berbahasa





Lagu yang memartabatkan penggunaan bahasa Melayu .

Isu kesantunan - Penggunaan Teknologi


            Dalam era globalisasi ini, pelbagai bentuk perhubungan telekomunikasi melalui talian telah diwujudkan seperti Facebook, Twitter, , Instagram, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia sebagai pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik. Ini memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah membawa suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat. Kemunculan teknologi telah membawa banyak manfaat kepada belia sekarang untuk mencari informasi, mendapat maklumat, pendidikan, berinteraksi dan menwujudkan budaya celik computer di kalangan belia. Selain itu, kemajuan teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan, membeli-belah dan melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan kewangan. Dari sudut pandangan yang lain, kecanggihan teknologi juga boleh menimbulkan masalah sosial disebabkan penyalahgunaan teknologi di kalangan belia. Apakah masalah sosial yang mungkin ditimbulkan dalam kalangan belia akibat daripada penyalahgunaan teknologi yang canggih? Apakah implikasi kepada masyarakat dan negara jika belia menyalahgunakan teknologi? Akhirnya, kita perlu salah teknologi atau salah belia yang membawa gejala sosial di negara kita?

      Kewujudan teknologi canggih ini juga mempengaruhi perubahan sosial budaya.  Hal ini demikian kerana kesalahgunaan teknologi telah meyebabkan kewujudan budaya plagiarism atau amalan ‘copy dan paste’ yang semakin serius dan merebak di kalangan mahaiswa-mahasiswi universiti.  Menurut  Maharam Mamat, budaya plagiarism boleh dimaksudkan seseorang telah menggunakan idea orang lain tanpa ada rujukan atau penghargaan kepada penulis asal serta  megambil hak cipta orang lain menjadi  hak persendirian. Sebagai contoh,  golongan belia telah menyalahgunakan teknologi  sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja kursus mereka  dengan meniru, menciplak  dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet. Adakah budaya plagiarism sudah wujud sebelum kewujudan teknologi internet? Sebagai contoh, menurut Imran Shamsir, budaya plagiarism biasa berlaku dalam kalangan belia kerana mereka mudah mendapat maklumat dan sumber melalui kewujudan medium internet dengan cara menaip sahaja apa bahan yang hendak dicari di enjin carian “Google”  dan ‘copy paste’  maklumat dalam laman web yang berkenaan . Budaya plagiarism ini merupakan jenayah akademik.  Pihak universiti perlulah bertanggungjawab dan berusaha mencegah gejala plagiarisme yang berlaku semakin menular .

   Selain itu , teknologi akan turut mengalami evolusi sedangkan berlaku proses modernisasi di bidang teknologi maklumat. Masayrakat pada zaman ini tidak terlepas daripada evolusi. Hal ini boleh dilihat ke atas teknologi ini tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat terutamanya golongan belia kerana mereka mempunyai hubungan yang signifikan terhadap teknologi yang canggih ini. Hal ini kerana belia menggunakan teknologi komunikasi untuk mempermudahkan urusan mereka dan memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan melalui internet. Tambahan pula, belia juga perlu berusaha mewujudkan budaya penggunaan teknologi yang sihat dalam penggunaan teknologi maklumat untuk menggerak pembangunan dan kemajuan negara kita di samping mengejar arus globalisasi yang semakin pantas di dunia ini.Walaubagaimanapun,  dari pandangan yang alternatif, bukan semua daripada mereka yang dalam kalangan belia adalah bijak menapis perkara dengan baik dan buruk. Hal ini kerana ada antara daripada mereka bersikap naif dan mudah mempercayai orang dengan mudah memberi maklumat diri yang peribadi seperti alamat maklumat kepada orang yang tidak dikenali di alam maya.

    Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kalangan belia. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul menpunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi. 

Isu Kesantunan - Merokok Dalam Kalangan Remaja

   Di seluruh dunia, 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus. Sementara itu, bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus.

    Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang baru termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa.



      Remaja menjadikan tingkah laku tertentu seperti merokok ini sebagai tunjang kepada identiti kumpulan mereka. Jika status perokok dan bukan perokok dilihat penting dalam menentukan identiti sosial kumpulan, maka ahli-ahli sesebuah kumpulan selalunya akan berkongsi tingkah laku yang sama. Ideanya ialah akan terdapat kumpulan-kumpulan remaja yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan merokok dan tidak merokok. Proses sosialisasi mempengaruhi pembentukan tingkah laku dan personaliti remaja. Proses ini membolehkan seseorang itu mengenal diri sendiri dan mempelajari apa yang dipercayai oleh orang lain di sekelilingnya, dan mempelajari bagaimanakah cara bertingkah laku yang bersesuaian (Musgrave, 1988). Melalui proses inilah, individu belajar tentang nilai dan norma dalam budaya. Individu akan terdorong untuk mengikuti perkara-perkara yang dianjurkan oleh budaya masyarakat di sekeilingnya. Sosialisasi juga membolehkan individu mengenal dirinya dan belajar menempatkan dirinya dalam masyarakat.

 
    Penglibatan awal remaja dalam tingkah laku merokok juga berkait dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dan gangguan kepada kadar kolesterol. Jika tingkah laku merokok berlarutan sehingga dewasa, tabiat ini akan meningkatkan risiko pembentukan awal penyakit kardiovaskular. Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara kita, membawa kepada usaha kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang disasarkan kepada golongan remaja pada 9 Februari 2004. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi teladan dengan berhenti merokok.


      Ibu bapa dan keluarga perlu menyedari keunggulan jiwa dan kekuatan remaja untuk tidak terlibat dengan tabiat merokok, sangat bergantung dengan pendekatan dan tingkah laku seharian isi rumah. Dan perkara ini bermula daripada pendidikan isi rumah. Keluarga perlu mempunyai maklumat dan kesedaran tentang bahaya merokok dan melihat tingkah laku tersebut lebih daripada perspektif budaya dan kesihatan.

Isu Kesantunan - Gangsterisma



     Dalam era globalisasi ini , isu gangsterisma bukanlah suatu isu yang baru diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia , malah isu ini juga hangat dibincangan oleh pihak-pihak yang tertentu . Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , gangsterisma didefinisikan sebagai perkumpulan sulit dalam melakukan sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah . Dalam konteks gangsterisma di Malaysia , hal ini dapat diinterprestasikan sebagai individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak serta keruntuhan peribadi seseorang individu . Apa yang diperlihatkan pada masa kini adalah perbuatan gangsterisma ini merupakan salah satu contoh tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat dan batasan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima sosial. Gejala gangsterisma ini semakin menular hari demi hari khususnya dalam kalangan pelajar sekolah . Kemajuan yang telah dicapai oleh negara pada hari ini akan terjejas hebat dengan wujudnya gejala yang tidak sihat ini .

Isu gangsterisma ini seringkali dikaitkan dengan golongan remaja yang masih bersekolah . Jadi , gejala ini banyak berlaku di sekolah-sekolah di seluruh pelosok negeri di Malaysia . Apa  yang membimbangkan ialah mengenai terdapatnya satu hasil kajian yang dibuat oleh Bahagain Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 . Laporan kajian yang diumumkan ini tidak lama dahulu menjelaskan tentang penularan gangsterisma yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara sekarang . Fakta kajian menunjukkan satu pertiga daripada 1560 buah sekolah menengah di Malaysia adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai-bagai pertubuhan salah laku . Perkara yang paling membimbangkan adalah sekolah-sekolah menengah agama yang selama ini menjadi dakapan masyarakat untuk melahirkan generasi yang berwibawa juga tidak terlepas dalam masalah ini.
                                          
   Beberapa kes yang diketengahkan mengenai kegiatan gangsterisma yang melibatkan gangster yang memukul pelajar mula mendapat perhatian dan membuka mata semua pihak pada tahun 2003 dengan menunjukkan banyak kes terjadi di sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara . Di antara rentetan kejadian itu adalah di mana 8 orang pelajar tingkatan lima dari Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK ) telah dibuang sekolah termasuk 2 orang yang telah mengugut warden dengan menggunakan parang . Selain itu , terdapat seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman , Ipoh ( STAR ) juga telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan gangsterisma melalui sebuah kumpulan yang dikenali sebagai “ The High Coucil “ dimana ahli-ahlinya bertemu secara rahsia dalam waktu yang singkat pada sebelah pagi untuk melakukan kegiatan membuli pelajar-pelajar junior dan penderaan-pemderaan psikologikal . 

     Masalah gangsterisma juga boleh diatasi jika media massa memainkan peranan yang lebih agresif . Pihak media massa seharusnya mengurangkan atau menghentikan penyiaran filem-filem dan drama-drama yang megandungi isu-isu yang negative dan tidak sihat seperti keganasan yang bersifat jenayah . Hal ini dikatakan sedimikan kerana para golongan remaja sangat mudah dipengaruhi dengan aksi-aksi yang dilakukan oleh pelakon-pelakon pujaan hati mereka tanpa mengambil kira perkara tersebut yang sebenarnya dikategorikan salah di sisi undang-undang negara .

  Selain itu , langkah yang seterusnya adalah dengan kewujudan rakan cop . Rakan cop bermaksud Rakan Polis . Ianya merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara polis dan masyarakat bagi mewujudkan kawasan yang selamat dengan menggunkan slogan “Bersama Memerangi Jenayah”.Konsep Rakan Cop ini ialah menggalakkan kerjasama dan pembabitan setiap lapisan masyarakat sama ada daripada agensi kerajaan mahupun swasta bagi membantu polis dalam memerangi jenayah . Ianya juga secara tidak langsung memberti kekuatan kepada masyarakat untuk memainkn peranan masing-masing yang lebih aktif dalam menjaga keselamatan kawasan setempat sekaligus dapat mewujudkan persaan dan budaya tanggungjawab bersama dan tidak terlalu bergantung kepada pihak polis semata-mata untuk memerangi jenayah seperti gangsterisma ini . Melalui langkah tersebut keberkasan mengesan aktiviti gangsterisma akan menjadi lebih mudah seterusnya akan mengurangkan statistik gejala ini semakin rendah . 

Thursday, 28 August 2014

2.4 Kesantunan Merentas Budaya

Konsep

   Budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu buddayah , yang merupakan jamak kepada berkataan budhi (budi perkerti atau akal) . Dalam pengertian yang luas pula budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia . Dalam bahasa Inggeris , kebudayaan disebut sebgai culture iaitu berasal daripada perkaataan latin , colore yang bermaksud mengerjakan .

   Kebudayaan dan kesantunan mempunyai hubungan yang sangat erat . Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat yang meliputi aspek kesantunan dalam berkomunikasi sama ada secara verbal ataupun nonverbal . Budaya sesuatu masyarakat akan dipandang tinggi atau rendah bergantung kepada nilai kesantunan yang diamalkan .


Komunikasi silang budaya

Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan , politik , teknologi dan lain-lain. Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia , kepercayaan dan tingkah laku . Contoh :

  • Di Barat , mencium pipi wanita dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu . tetapi masyarakat Timur menganggap perkara tersebut perkara yang tidak sopan .
  • Pandangan mata secara terus dianggap tidak sopan di Jepun . Tetapi budaya masyarakat Barat sekiranya seserang itu tidak memandang mata dianggap kurang sopan .
  • Dalam masyarakat Melayu , melayan tetamu diuatamakan walaupun sibuk . Tetapi di Korea , sekiranya sibuk mereka akan memberitahu tetamu secara jujur dan menuruh mereka balik .

Nilai-nilai kesantunan masyarakat Melayu

  • Berepegang kuat kepada adat resam dan agama
  • Memberi salam apabila bersua muka
  • Tidak meyampuk semasa orang tua bercakap
  • Penggunaan kata sapaan yang sesuai
  • Bersalaman



Nilai-nilai kesantunan masyarakat Cina
  • Tunduk ketika memberi salam
  • Orang tua makan dahulu
  • Tunggu sehingga semua ahli tiba dahulu
  • Tidak dibenarkan memakai topi didalam tokong
  • menanggalkan kasut sebelum masuk kedalam rumah
Nilai-nilai kesantunan masyarakat India
  • Duduk bersila semasa makan
  • Tidak membazirkan makanan
  • Senyap semasa bersembahyang
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk kedalam kuil
  • Salam orang yang lebih tua
Kesantunan merentas budaya dalam pendidikan .
  • Kesantunan berpakaian - Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang pelajar terutamanya jantina yang berbeza contohnya berpakaian tebus pandang atau terbelah terlalu tinggi.
  • Kesantunan tingkah laku - Gerak geri guru ketika menghadapi situasi tertentu . Contohnya berurusan dengan ibu bapa yang hadur ke sekolah , duduk di dalam kelas , berjalan ke kelas da sebagainya
  • Kesantunan berkomunikasi - Cara berbahasa harus disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat . Perkataan yang sesuai juga hendaklan digunakan dalam berkomunikasi . 

2.3 Penjagaan Muka Asas Kesantunan

Air Muka
  • Boleh diterjemah sebagai lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka
  • Tetapi , bebrapa faktor iaitu keadaan dan situasi yang berlaku dalam kalangan persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemah melalui lisan.
Muka - Masyarakat Melayu merujuk kepada air muka.Ianya sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga wujudnya pelbagai peribahasa berkaitan muka yang membawa maksud tidak tahu malu iaitu ;
  • muka bantal
  • muka tembok
  • muka sengkalan
  • muka papan 
Penciptaan peribahasa ini mempunyai makna yang tersirat bahawa orang Melayu sangat mementingkan malu dan air muka . 

Konsep malu 

    Meliputi pelbagai aspek pengertian termasuklah berkaitan dengan akhlak dan maruah individu , keluarga dan masyarakat . Orang yang menerima malu akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan . Contohnya balas dendam Jebat keatas Sultan Melaka kerana telah memalukan Tuah yang dijatuhi hukuman bunuh kerana dituduh berzina dengan perempuan istana . 

Mulut - Anggota yang mengungkapkan kata-kata dan anggota yang paling hampir dengan muka . Penggunaan mulut garuslah dijaga . Hal ini jelas dengan perciptaan peribahasa iaitu "kerana pulut santan binasa ,kerana mulut badan binasa".Peribahasa yang berkaitan dengan mulut ialah ;
  • mulut murai
  • mulut tempayan
  • mulut longkang


Lidah - Penjagaan lidah sama penting dengan penjagaan mulut kerana ada pelbagai peribahasa yang berkaita dengan lidah yang buruk dan baik seperti :
  • lidah bercabang
  • lidah buaya
  • lidah tidak bertulang
  • lidah manis 
  • lidah pendita

2.2 Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-tokoh Dunia


  • Asmah Hj Omar (2000)

Beliau menjelaskan bahawa kesantunan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Kesantunan Asas - kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat dalam berkomunikasi. Dengan menunjukkan sikap berbaik-baik , ia adapat meningkatkan nilai kesantunan .

Kesantunan Berkala - kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam perhubungan . Contohnya kesantunan rakyat biasa dan raja , kesantunan rakyat dan pemimpin serta kesantunan anak murid dan guru adalah berbeza kerana komunikasi mempunyai etika yang tertentu .



  • Leech (1983)
Kesantunan ialah perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi . Dalam usaha itu , penggunaan bahasa hendaklah halus , beradab sopan dan berbudi pekerti . Setiap golongan masyarakat mestilah mematuhi adat dan norma masyarakat dari aspek pergaualan

  • J.Ferguson dan Das Gupta ( 1968)
Kesantunan boleh berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni .

  • Sudut Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W
Baginda bersabda dalam hadis , 'Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau diam " , "janganlah kaliam saling dengki-mendengki , dan janganlah kalian saling membenci , dan janganlah kalian saling berkata keji antara satu sama lain " dan "Sebaik-baik manusia diantara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".

  • Hamka
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggin ilmu seseorang , buakn terletak pada wajah dan kecantikannya. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati mausia yang keras . Bertambah kuat kepada kepercayaan agama , bertambah tinggi darjatnya dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya .

  • Aristotle


Ketinggian darhat seseorang diukur melalui akal dan adabnya , bukan asal keturunanya .Tambhanya lagi , adab dan sopan itu lebih penting berbanding makan dan minum . Ini merangkan bahawa kesantunan adalah suatu sapek yang sangat penting dan perku dititikberatkan bagi menentukan seseorang itu berakhlak terpuji atau mempunyai akhlak yang tercela.




  • Khalifah Abdul Malik Marwan
Semulia-mulia manusia adalah orang yang mempunyai adab yag merendah diri ketika berkedudukan tinggi , memaafkan orang lain ketika berdaya untuk membalas , dan bersikap adil ketika kuat . pengertian ini merujuk kepada kesantunan yang perlu ada kepada sesiapa yang memunyai kuasa dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat . 

2.1 Konsep Kesantunan

Menurut Kamus Dewan (1984) , kesantunan membawa maksud halus budi bahasa atau pekerti , beradab atau sopan .

Awang Sariyan (2007) mendifinisikan kesantunan sebagai penngunaan bahasa yang baik ,
sopan , beradab , memancarkan peribadi mulia , dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara . 




 Secara amnya , konsep kesantunan merangkumi aspek berikut :

Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus

  • Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etika pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.
Kesantunan sangat konstektual
  • Nilai kesantunan berlaku pada tempat atau situasi tertentu , tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat , situasi dan tempat lain . Misalnya , penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan seharian . Penggunaan kata ganti diri 'aku' dan 'engkau' dengan ibu bapa biasa dalam masyarakat Cina tetapi dianggap sangat biadap dalam masyarakat Melayu
Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak
  • Misalnya antara anak dengan orang tua , antara muda dan tua dan sebagainya , Seorang anak akan sentiasa berkomunikasi dengan baik terhadap ibu bapanya tetapi menggunakan bahasa yang agak kasar ketika berkomunikasi bersama rakan-rakan .
Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan .
  • Misalnya cara berpakaian , bekrja , bertutur , cara makan , cara berkomunikasi , cara belajar , cara berfikir , cara berpidato , cara berpolitik dan sebagainya .


Isu kesantunan - Penggunaan KATA-KATA KESAT

Tanpa kita sedari, banyak kata-kata kesat yang telah dilemparkan dalam pergaulan seharian kita walau di mana jua kita berada. Penggunaan kata-kata kesat lebih biasa didengari daripada golongan remaja. Hal ini telah menjadi suatu budaya yang sangat membimbangkan pada masa kini kerana budaya santun yang telah dipraktikkan setelah sekian lama semakin luntur sejajar dengan pembangunan negara Malaysia. Antara kata-kata kesat yang biasa digunakan ialah:

SIOT:
  • Siot adalah dari perkataan bodoh ataupun sialan. 
KLEPET/REMBAT:
  • Dari perkataan curi/rompak. 
  • Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog isu hangat? 

SEKODENG:
  • Bermaksud mengintai/mengendap . 
  • Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". 

HAMPEH:
  • Bermaksud tidak berguna. 
  • Contoh ayat: "Kau ni memang hampeh! 

KELENTONG
  • Bermaksud menipu.
  • Contoh ayat: "Alah kau ni memang kaki kelentong" 
SPENDA 

  • Bermaksud lurus bendul
LANTOI
  • Bermaksud celaka


Sebenarnya banyak lagi kata-kata kesat yang digunakan pada masa kini. Oleh yang demikian, penggunaan kata-kata seperti ini harus dielakkan kerana Budi Bahasa Budaya Kita.

Isu kesantunan - menghebohkan Malaysia

Baru-baru ini Malaysia telah heboh dengan peristiwa di mana seorang wanita dikenali sebagai Kiki Kamaruddin, telah mempamerkan ketidaksantunannya terhadap seorang warga emas, Sim Hiak Hong, kerana telah melanggar keretanya, Peugeot 208 sehingga menyebabkan keretanya tercalar. Kiki telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana ramai orang yang lalu di situ menyaksikan kejadian yang sangat memalukan itu. Kiki telah dikehendaki membayar denda sebanyak RM5000 atas perbuatannya yang melampau dengan melakukan khianat terhadap Toyota Corolla milik Sim iaitu dengan cara mengetuk depan dan atas bonet dan cermin depan kereta itu menggunakan pengunci stereng kereta menyebabkan mangsa kerugian RM500. Kejadian ini telah menyebabkan wanita ini, Kiki dikenali di seluruh Malaysia dan menarik perhatian umum di mana sahaja dia berada kerana ketidaksantunan yang telah dipamerkannya. Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia perlulah membudayakan kesantunan dalam kehidupan mereka setiap hari agar perkara yang memalukan seperti ini tidak berulang lagi.





Kiki memohon maaf atas kebiadaban yang ditunjukkannya kepada Encik Sim dan juga semua yang telah menyaksikan ketidaksantunannya.

Wednesday, 27 August 2014

1.4 Ciri-ciri budi bahasa

Menurut Mustafa Hj. Daud (1995) , seseorrang yang berbudi bahasa memiliki sifat :

Ikhlas
Sifat melakukan kebaikan kerana Allah tanpa mengharapkan balasan daripada manusia .
Jujur
Nilai lurus hati , tulus dan suci tanpa memikirkan maksud lain yang terselindung sesuatu melakukan sesuatu kebaikan.
Merendah diri
Tidak sombong atau meninggi diri dengan orang lain
Benar
tidak menipu atau berpura-pura dalam memberikan pertongan atau dari aspek tutur kata
Pemurah 
Suka menolong orang lain dalam bentuk bantuan tenaga , fikiran , perbuatan dan sebagainya
Suka menolong
Menuntut kepada kerendaahan hati untuk membantu orang lain yang mengalami kesusahan .
Berjasa dan berbakti
Berbudi atau membuat kebaikan terhadap orang lain .

Lima ciri lain yang dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa ialah

  • Pemaaf
  • Bersifat sabar
  • Bersikap positif
  • Memiliki kesantunan yang tinggi
  • Bersopan santun
        Kesimpulannya , orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus , tingkah laku yang santun , pemikiran yang luhur , perasaan yang tenang , gerak laku yang tertib , hati yang mulia , sentiasa memberikan kebaikan kepada orang lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri sahaja .

Tuesday, 26 August 2014

1.5 Budi bahasa dalam masyarakat Malaysia

Masyarakat Melayu

   Masayarakat Melayu sangat mementingkan budi bahasa kerana ianya dipandang tinggi jadi perlu dipupuk sejak kecil lagi . Hal ini selaras dengan tuntutan agama Islam yang sangat mementingkan akhlak . Islam merangkumi akidah dan syariat yang mempunyaai roh akhlak .  Islam tanpa akhlak ialah seperti rangka yang tidak berisi.  Berbudi bahasa termasuk dalam akhlak yang terpuji . Seseorang dikatakan berakhlak mulia apabila menunjukkan tingkah laku termasuk budi bahasa yang terpuji .

  Antara nilai - nilai yang diamalkan :

  • Bercakap dengan lembut dan halus 
  • Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
  • Memberi salam apabila bertemu 
  • Berpakaian menutup aurat
  • Makan menggunakan tangan
  • Tidak  bercakap semasa makan
  • Tidak menyampuk orang tua bercakap
  • Anak dara bersimpuh

Masyarakat Cina

   Masyarakat Cina sebahagian besar menganut agama Buddha sangat mementingkan budi bahasa bagi menjamin keharmonian hidup. Ajran Konfusius menekankan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Konfuisus menitikberatkan pengamalan lima kebaikan iaitu budi bahasa , kemurahan hati , keerajinan dan sifat baik . 

Antara nilai -nilai yang diamalkan :
  • Makan menggunakan chopstik
  • Tidak mengeluarkan bunyi yang kuat semasa makan
  • Siku tangan tidak boleh diletakkan di atas meja
  • Individu yang sudah berkahwin hendaklah memberi angpau kepada kanak-kanak
  • Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
  • Menundukkan badan semasa memberi salam
  • Melayan tetamu dengan baik
Masyarakat India

   Masyarakat India sangat patuh kepada ajaran agama Hindu yang juga mementingkan budi bahasa yang mulia dalam kalangan penganutnya . Penganut yang taat kepada agama akan menterjemah tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan masyarakat. 

Antara nilai-nilai yang diamalkan :
  • Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
  • Sentiasa bercakap lembut dengan ibu bapa
  • Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
  • Tidak bising ketika bersembahyang
  • Membuka kasut ketika memasuki kuil
  • Berpakaian tidak menjolok mata
  • Tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan orang lain
  • Tidak membalas dendam

Klip Video Budi Bahasa Budaya Kita

1.3 Pengertian Budi Bahasa

Secara literal , budi dimaksudkan dengan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu manakala bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi yang digunakan dalam perhubungan manusia . Budi bahasa meliputi tutur kata , tingkah laku , pemikiran dan perasaan . Nilai-nilai murni ini telah lama diamalkan sejak zaman dahulu dalam menjaga keharmonian sesebuah masyarakat .

    Budi bahasa bermaksud percakapan yang baik , teliti dan elok dalam tutur kata , halus tutur kata , hormat-menghormati , bijaksana , tinggi budi bicara , pemurah , belas kasihan , beradab , bersopan santun , mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia serta tingkah laku yang baik dan mulia .


  • Orang yang mempunyai nilai-nilai seperti ini dikenali sebagai budiman .




  Menurut kamus elektronik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , budi pekerti merangkumi pekerti , akhlak , watak dan kelakuan yang baik , sopan dan pemurah . Budi bahasa juga merujuk kepada tutur kata , kelakuan , sopan santun , tatatertib , akal , kebijaksaan serta perbuatan kebajikan . 

   Budi bahasa juga berkonsepkan dua cara iaitu berbudi melalui bahasa dan bahasa sebagai budi . Antara cara untuk mempraktikkannya ialah :

  • berbudi dengan harta , 
  • membantu dengan kudrat , 
  • memberi nasihat , 
  • memberi idea yang bernas ,
  • memberi tunjuk ajar kepada seseorang ,
  • menyenangkan orang lain . 



 Oleh itu , kerajaan mula menyedari kepentingan sifat berbudi bahasa yang perlu ditekankan kepada setiap individu dan anggota masyarakat di negara Malaysia ini untuk menjamin kesejahteraan hidup dan keharmonian anggota masyarakat itu sendiri . Kerana kesedaran itulah kerajaan telah mewujudkan kempen yang diberi nama Kempen Budi Bahasa Budaya Kita pada tahun 2005 .

Berbudi bahasa menurut Islam

Konsep budi bahasa menurut Islam merangkumi akhlak atau peribadi yang mulia . Ia juga dinilai daripada tutur kata yang baik . Nabi S.A.W. pernah bersabda , maksudnya "apabila kamu saling berjumpa , maka saling mengucap salam dan bersalaman , dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar"

  Orang yang berbudi bahasa memiliki sikap yang bersopan santun secara tidak langsung akan mempamerkan akhlak yang mulia . Allah S.W.T. memuji Rasul-Nya yang sangat mulia akhlaknya daalam firman-Nya surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud , "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia ".

Monday, 25 August 2014

1.1 Pengertian Budi

  • Budi berasal daripada perkataan sanskrit  yang bermaksud bijaksana, memberi kebaikan, mulia, berperibadi mulia dan mempunyai pekerti yang baik.
  • Menurut Kamus Dewan (2005), budi membawa maksud berakal dan bijaksana, mempunyai tingkah laku yang baik, perbuatan yang baik, mempunyai bicara atau pertuturan yang baik, berupaya baik dan juga memiliki hati yang suci.
  • Pandangan Islam :-

  1. pandangan umum budi ialah adab, bersopan santun, berakhlak dan beriman.
  2. pandangan Imam al-Ghazali(2002) budi ialah pertimbangan akal, hawa nafsu dan juga marah.
  3. pandangan Mustafa Hj Daud(1995) budi ialah adab sopan, bersungguh-sungguh, mempunyai ikhtiar yang tinggi, matang dan bijaksana, berjasa serta berbakti.

  • Bagi masyarakat Melayu, budi membawa erti ikhlas, insan yang sempurna, menyenangkan hati orang lain, berjasa dan memberi sumbangan, dan tidak mengharapkan balasan apabila membantu orang lain.

Sunday, 24 August 2014

1.2 Pengertian Bahasa .

Menurut Kamus Dewan (2002) , bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia , dan percakapan yang baik , tingkah laku yang baik dan sopan santun. Sertiap bangsa mempunyai sistem lambang bunyi yang berbeza dengan bangsa-bangsa yang lain . Sistem lambang bunyi ini menjadi medium komunikasi sesebuah masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian . Sistem ini menjadi identiti bangsa dan diperturun daripada generasi ke generasi yang seterusnya .

   Ferdinand de Saussure (1960) iaitu seorang sarjana linguistik Swiss menyatakan bahawa bahasa ialah

  •  Satu isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu untuk berinteraksi dalam masyarakat .
  •  Bahasa ini diterima sebagai suatu cara yang mempunyai makna dan boleh difahami oleh ahli masyarakat tersebut . 
  • Sistem isyarat yang digunakan bergantung kepada sosiobudaya , politik , kepercayaan dan nilai yang didukung dalam sesuatu masyarakat itu .




   Noam Chomsky (1957) pula menyatakan bahawa bahasa islah suatu set ayat yang tidak terbatasyang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem . Apakah itu fonem ?



Setiap ayat diwakili oleh fonem yang digabungkan secara berurutan . Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu , sama ada dalam bentuk bunyi-bunti perkataan , susunan perkataan , tatabahasa atau sintaksis yang bersistem .


 Asmah Haji Omar ( 1986 )

  • Beliau menyatakan bahawa bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan  oleh alat-alat ujaran (lisan) yang terdapat dalam rongga mulut dan tekak manusia . Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna dan fikiran . 

Setiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan , klausa  , frasa dan ayat yang sistematik yang menghasilkan makna bagi membolehkan komunikasi antara masyarakat . Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia dalam bentuk simbol bunyi suara yang arbitrari .



Lutfi Abas ( 1985 ) ,

Beliau pula mendefinisikan bahasa sebagai data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia untuk berkomunikasi . Simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi itu merupakan gabungan vokal dan konsonan yang disusun secara sistematik dan berperturan. 






-CIRI-CIRI BAHASA-


1. BERSISTEM DAN SISTEMATIK
Bahasa mempunyai perautan-peraturan atau pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi . Pada umumnya bahasa mempunyai dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem makna

2. ARBITRARI
Bahasa tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengawal pembentukan kata . Mekanisma yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima bersama dalam kelompok masyarakat itu sahaja . 

3. VOKAL 
Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifat lisan 

4. SIMBOL
Bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol-simbol atau lambang bahasa yang sistematik . Simbol itu dapat dilihat secara bertulis.

5. ALAT KOMUNIKASI
Manusia menggunakan bahasa untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian mereka. 

6. DINAMIS
Sesuatu bahasa akan terus mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran zaman .