Friday 29 August 2014

Isu kesantunan - Penggunaan Teknologi


            Dalam era globalisasi ini, pelbagai bentuk perhubungan telekomunikasi melalui talian telah diwujudkan seperti Facebook, Twitter, , Instagram, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia sebagai pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik. Ini memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah membawa suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat. Kemunculan teknologi telah membawa banyak manfaat kepada belia sekarang untuk mencari informasi, mendapat maklumat, pendidikan, berinteraksi dan menwujudkan budaya celik computer di kalangan belia. Selain itu, kemajuan teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan, membeli-belah dan melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan kewangan. Dari sudut pandangan yang lain, kecanggihan teknologi juga boleh menimbulkan masalah sosial disebabkan penyalahgunaan teknologi di kalangan belia. Apakah masalah sosial yang mungkin ditimbulkan dalam kalangan belia akibat daripada penyalahgunaan teknologi yang canggih? Apakah implikasi kepada masyarakat dan negara jika belia menyalahgunakan teknologi? Akhirnya, kita perlu salah teknologi atau salah belia yang membawa gejala sosial di negara kita?

      Kewujudan teknologi canggih ini juga mempengaruhi perubahan sosial budaya.  Hal ini demikian kerana kesalahgunaan teknologi telah meyebabkan kewujudan budaya plagiarism atau amalan ‘copy dan paste’ yang semakin serius dan merebak di kalangan mahaiswa-mahasiswi universiti.  Menurut  Maharam Mamat, budaya plagiarism boleh dimaksudkan seseorang telah menggunakan idea orang lain tanpa ada rujukan atau penghargaan kepada penulis asal serta  megambil hak cipta orang lain menjadi  hak persendirian. Sebagai contoh,  golongan belia telah menyalahgunakan teknologi  sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja kursus mereka  dengan meniru, menciplak  dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet. Adakah budaya plagiarism sudah wujud sebelum kewujudan teknologi internet? Sebagai contoh, menurut Imran Shamsir, budaya plagiarism biasa berlaku dalam kalangan belia kerana mereka mudah mendapat maklumat dan sumber melalui kewujudan medium internet dengan cara menaip sahaja apa bahan yang hendak dicari di enjin carian “Google”  dan ‘copy paste’  maklumat dalam laman web yang berkenaan . Budaya plagiarism ini merupakan jenayah akademik.  Pihak universiti perlulah bertanggungjawab dan berusaha mencegah gejala plagiarisme yang berlaku semakin menular .

   Selain itu , teknologi akan turut mengalami evolusi sedangkan berlaku proses modernisasi di bidang teknologi maklumat. Masayrakat pada zaman ini tidak terlepas daripada evolusi. Hal ini boleh dilihat ke atas teknologi ini tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat terutamanya golongan belia kerana mereka mempunyai hubungan yang signifikan terhadap teknologi yang canggih ini. Hal ini kerana belia menggunakan teknologi komunikasi untuk mempermudahkan urusan mereka dan memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan melalui internet. Tambahan pula, belia juga perlu berusaha mewujudkan budaya penggunaan teknologi yang sihat dalam penggunaan teknologi maklumat untuk menggerak pembangunan dan kemajuan negara kita di samping mengejar arus globalisasi yang semakin pantas di dunia ini.Walaubagaimanapun,  dari pandangan yang alternatif, bukan semua daripada mereka yang dalam kalangan belia adalah bijak menapis perkara dengan baik dan buruk. Hal ini kerana ada antara daripada mereka bersikap naif dan mudah mempercayai orang dengan mudah memberi maklumat diri yang peribadi seperti alamat maklumat kepada orang yang tidak dikenali di alam maya.

    Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kalangan belia. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul menpunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi. 

No comments:

Post a Comment