Sunday 24 August 2014

1.2 Pengertian Bahasa .

Menurut Kamus Dewan (2002) , bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia , dan percakapan yang baik , tingkah laku yang baik dan sopan santun. Sertiap bangsa mempunyai sistem lambang bunyi yang berbeza dengan bangsa-bangsa yang lain . Sistem lambang bunyi ini menjadi medium komunikasi sesebuah masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian . Sistem ini menjadi identiti bangsa dan diperturun daripada generasi ke generasi yang seterusnya .

   Ferdinand de Saussure (1960) iaitu seorang sarjana linguistik Swiss menyatakan bahawa bahasa ialah

  •  Satu isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu untuk berinteraksi dalam masyarakat .
  •  Bahasa ini diterima sebagai suatu cara yang mempunyai makna dan boleh difahami oleh ahli masyarakat tersebut . 
  • Sistem isyarat yang digunakan bergantung kepada sosiobudaya , politik , kepercayaan dan nilai yang didukung dalam sesuatu masyarakat itu .




   Noam Chomsky (1957) pula menyatakan bahawa bahasa islah suatu set ayat yang tidak terbatasyang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem . Apakah itu fonem ?



Setiap ayat diwakili oleh fonem yang digabungkan secara berurutan . Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu , sama ada dalam bentuk bunyi-bunti perkataan , susunan perkataan , tatabahasa atau sintaksis yang bersistem .


 Asmah Haji Omar ( 1986 )

  • Beliau menyatakan bahawa bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan  oleh alat-alat ujaran (lisan) yang terdapat dalam rongga mulut dan tekak manusia . Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna dan fikiran . 

Setiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan , klausa  , frasa dan ayat yang sistematik yang menghasilkan makna bagi membolehkan komunikasi antara masyarakat . Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia dalam bentuk simbol bunyi suara yang arbitrari .



Lutfi Abas ( 1985 ) ,

Beliau pula mendefinisikan bahasa sebagai data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia untuk berkomunikasi . Simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi itu merupakan gabungan vokal dan konsonan yang disusun secara sistematik dan berperturan. 






-CIRI-CIRI BAHASA-


1. BERSISTEM DAN SISTEMATIK
Bahasa mempunyai perautan-peraturan atau pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi . Pada umumnya bahasa mempunyai dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem makna

2. ARBITRARI
Bahasa tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengawal pembentukan kata . Mekanisma yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima bersama dalam kelompok masyarakat itu sahaja . 

3. VOKAL 
Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifat lisan 

4. SIMBOL
Bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol-simbol atau lambang bahasa yang sistematik . Simbol itu dapat dilihat secara bertulis.

5. ALAT KOMUNIKASI
Manusia menggunakan bahasa untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian mereka. 

6. DINAMIS
Sesuatu bahasa akan terus mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran zaman .

No comments:

Post a Comment