Friday 29 August 2014

Isu Kesantunan - Gangsterisma



     Dalam era globalisasi ini , isu gangsterisma bukanlah suatu isu yang baru diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia , malah isu ini juga hangat dibincangan oleh pihak-pihak yang tertentu . Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , gangsterisma didefinisikan sebagai perkumpulan sulit dalam melakukan sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah . Dalam konteks gangsterisma di Malaysia , hal ini dapat diinterprestasikan sebagai individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak serta keruntuhan peribadi seseorang individu . Apa yang diperlihatkan pada masa kini adalah perbuatan gangsterisma ini merupakan salah satu contoh tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat dan batasan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima sosial. Gejala gangsterisma ini semakin menular hari demi hari khususnya dalam kalangan pelajar sekolah . Kemajuan yang telah dicapai oleh negara pada hari ini akan terjejas hebat dengan wujudnya gejala yang tidak sihat ini .

Isu gangsterisma ini seringkali dikaitkan dengan golongan remaja yang masih bersekolah . Jadi , gejala ini banyak berlaku di sekolah-sekolah di seluruh pelosok negeri di Malaysia . Apa  yang membimbangkan ialah mengenai terdapatnya satu hasil kajian yang dibuat oleh Bahagain Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 . Laporan kajian yang diumumkan ini tidak lama dahulu menjelaskan tentang penularan gangsterisma yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara sekarang . Fakta kajian menunjukkan satu pertiga daripada 1560 buah sekolah menengah di Malaysia adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai-bagai pertubuhan salah laku . Perkara yang paling membimbangkan adalah sekolah-sekolah menengah agama yang selama ini menjadi dakapan masyarakat untuk melahirkan generasi yang berwibawa juga tidak terlepas dalam masalah ini.
                                          
   Beberapa kes yang diketengahkan mengenai kegiatan gangsterisma yang melibatkan gangster yang memukul pelajar mula mendapat perhatian dan membuka mata semua pihak pada tahun 2003 dengan menunjukkan banyak kes terjadi di sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara . Di antara rentetan kejadian itu adalah di mana 8 orang pelajar tingkatan lima dari Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK ) telah dibuang sekolah termasuk 2 orang yang telah mengugut warden dengan menggunakan parang . Selain itu , terdapat seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman , Ipoh ( STAR ) juga telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan gangsterisma melalui sebuah kumpulan yang dikenali sebagai “ The High Coucil “ dimana ahli-ahlinya bertemu secara rahsia dalam waktu yang singkat pada sebelah pagi untuk melakukan kegiatan membuli pelajar-pelajar junior dan penderaan-pemderaan psikologikal . 

     Masalah gangsterisma juga boleh diatasi jika media massa memainkan peranan yang lebih agresif . Pihak media massa seharusnya mengurangkan atau menghentikan penyiaran filem-filem dan drama-drama yang megandungi isu-isu yang negative dan tidak sihat seperti keganasan yang bersifat jenayah . Hal ini dikatakan sedimikan kerana para golongan remaja sangat mudah dipengaruhi dengan aksi-aksi yang dilakukan oleh pelakon-pelakon pujaan hati mereka tanpa mengambil kira perkara tersebut yang sebenarnya dikategorikan salah di sisi undang-undang negara .

  Selain itu , langkah yang seterusnya adalah dengan kewujudan rakan cop . Rakan cop bermaksud Rakan Polis . Ianya merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara polis dan masyarakat bagi mewujudkan kawasan yang selamat dengan menggunkan slogan “Bersama Memerangi Jenayah”.Konsep Rakan Cop ini ialah menggalakkan kerjasama dan pembabitan setiap lapisan masyarakat sama ada daripada agensi kerajaan mahupun swasta bagi membantu polis dalam memerangi jenayah . Ianya juga secara tidak langsung memberti kekuatan kepada masyarakat untuk memainkn peranan masing-masing yang lebih aktif dalam menjaga keselamatan kawasan setempat sekaligus dapat mewujudkan persaan dan budaya tanggungjawab bersama dan tidak terlalu bergantung kepada pihak polis semata-mata untuk memerangi jenayah seperti gangsterisma ini . Melalui langkah tersebut keberkasan mengesan aktiviti gangsterisma akan menjadi lebih mudah seterusnya akan mengurangkan statistik gejala ini semakin rendah . 

No comments:

Post a Comment