Friday 29 August 2014

Isu Kesantunan - Pembuangan Bayi

  
   Pada  abad  ke-21  ini , Malaysia  merupakan  sebuah  negara  yang  pesat  membangun  dan  bersedia  menongkah  arus  pemodenan  dalam  dunia  global ini. Kini, Malaysia  begitu  terkenal  di  mata  dunia . Namun  begitu,di  sebalik  kegemilangan  ini ,  masyarakat  Malaysia  masih  dihantui  satu  penyakit  sosial  yang  sudah  lama  bersarang  dalam  kalangan  masyarakat , iaitu  masalah  pembuangan  bayi .Isu  pembuangan  bayi yang  tidak  pernah  berkesudahan  ini boleh  dianggap  sebagai satu  wabak  atau  bencana  kepada  negara . Pembuangan  bayi , semakin  hari  semakin  banyak  dilaporkan  di dada-dada  akhbar  dan  yang  paling  menyayat  hati  adalah  apabila  terdapat  bayi  yang tidak  berdosa  dibuang  seperti  sampah  tanpa  ada  sifat  perikemanusiaan.Tidak  dapat  dinafikan  pelbagai  usaha  telah  diambil bagi  membendung  penyakit  sosial  ini. Namun begitu , apakah  punca  kepada  kegagalan  tersebut?

           Antara  punca  kepada  masalah  pembuangan  bayi  yang  kian  berleluasa  ini  adalah  kurangnya  didikan  agama  dalam  kalangan  remaja.Kekurangan  didikan agama yang  merupakan  panduan  dan  pedoman  hidup  telah  menyebabkan  mereka  hilang  arah  dalam  kehidupan  dan  terlibat  dalam  gejala-gejala  negatif  seperti  pergaulan  bebas .Remaja  yang  melibatkan  diri  dalam  gejala  pergaulan  bebas  akan  terdorong  untuk  menjalinkan  hubungan  bertentangan  dengan  hukum  agama.Kesannya,remaja  perempuan  akan  mengandung  tanpa  ikatan  yang  sah.Dalam  situasi  tersebut , remaja  yang  lemah  pegangan  agama  tidak  akan  teragak-agak  untuk  membuang atau  membunuh  zuriat  yang  dilahirkan  kerana  malu  dan  tidak  mahu  bertanggungjawab  atas  zuriat  tersebut.Hal  ini  menunjukkan  peranan  agama dalam  kehidupan  adalah  amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah,   ayat  al-Quran, surah Sad,ayat  26 juga menyatakan bahawa ,“…janganlah  kamu  menurut  hawa  nafsu  kerana  yang  demikian  itu  akan  menyesatkan  kamu  dari  jalan  Allah…”.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi benteng  yang  kukuh  bagi  menangkis  segala  anasir-anasir  yang negatif  dalam  kehidupan. 
    
            Isu  pembuangan  bayi  dalam  kalangan  remaja    ini  telah  memberikan  impak    yang  begitu  besar  dalam  kalangan  masyarakat,negara  mahupun diri remaja sendiri.Antara  kesan permasalahan  ini kepada  remaja  pada  masa  kini  adalah  masa  depan  remaja  musnah  begitu  sahaja  akibat  kelalaian  mereka  menuruti  hawa  nafsu  tanpa  memikirkan  kesannya.Isu  ini  akan turut  memberi  impak  kepada  negara. Antara  kesan  isu ini kepada  negara pula adalah  Perkembangan  ekonomi  negara  akan  merosot dan  seterusnya menjejaskan  pendapatan  negara. Hal  ini  demikian  kerana, remaja  merupakan  aset  penting  negara  pada  masa  hadapan  dan  memainkan  peranan  yang amat penting  dalam  pembangunan  negara.Masa  depan  negara  terletak  ditangan  generasi  muda  yakni  remaja  itu   sendiri .Hal  ini  kerana , pemuda  harapan  bangsa , pemudi tiang  negara.Namun  begitu , jika  perilaku  negatif  remaja  berterusan.Siapakah  yang  akan  membela  nasib  negara  kita  pada  masa  akan  datang?  
        
           Selain  itu,zuriat  yang  dilahirkan  juga  mengalami  kesan  yang  mendalam..Zuriat  merupakan  anugerah  tuhan  yang  tidak  ternilai.Namun,kepada  mereka  yang  terlanjur,  zuriat  yang  dilahirkan  dianggap  beban  atau  masalah  dan  bukti  keterlanjuran  atau  kesalahan  yang  mereka  lakukan.Hal  ini  mendorong  mereka  untuk  membunuh  atau  membuang  zuriat  tersebut .Namun, wajarkah  bayi  yang  tidak  berdosa  itu  dihukum  akibat  kesalahan  yang  dilakukan  oleh  ibu bapanya?.Lebih  menyedihkan  lagi  bayi  yang  ditinggalkan  bukan  sahaja  dibunuh  malah  kadang-kala  menjadi  habuan  binatang  buas.Bagi  bayi  yang  masih  bernyawa  pula  kesannya  lebih  mendalam  kerana  mereka  terpaksa  menjalani  kehidupan  dengan  memegang  gelaran  anak  luar  nikah .Selain  itu,bayi  tersebut  juga  tidak  dapat  mengenali  dan  mendapat  kasih  sayang  ibu  bapa  kandung  mereka. Masa  depan  mereka  akan  turut  terjejas.  
  
           Kita  tidak  wajar  akur  dengan  arus  songsang  ini.Antara  langkah yang   boleh  diambil  bagi  mengatasi  kemelut  ini  adalah  dengan  memberi  perhatian  dan didikan  agama  yang  cukup  kepada  remaja  sejak  kecil  lagi .Hal  ini  kerana,melentur  buluh  biarlah  dari  rebungnya .Memberi  didikan dan  perhatian kepada  anak-anak  merupakan  tanggungjawab  atau  peranan  setiap  ibu  bapa.Jika  ibu  bapa  sendiri  lalai  daripada  melaksanakan  tugas  mereka  akibat  rakus  mengejar  kemewahan  duniawi.Bagaimana  pula  dengan  nasib  anak-anak  mereka  yang  kurang  didikan  dan  kasih  sayang?.Lebih-lebih  lagi, pada  usia  yang  mencabar  inilah  remaja  memerlukan  sokongan dan  kasih  sayang  daripada  ibu  bapa.Namun,kebanyakan  ibu bapa mengabaikan tanggungjawab  mereka.Dalam  situasi  ini, sudah  tentu  remaja  lebih  cenderung  untuk  memilih  jalan  yang  negatif   bagi  mereka  berkongsi  kasih dan  mendapatkan  perhatian  akibat  kurangnya  didikan  agama.Oleh  itu,masalah  ini  dapat  diatasi  jika   ibu  bapa melaksanakan  tanggungjawab  mereka  dengan  baik.   

          Akhirulkalam,masalah  pembuangan  bayi  ini  dapat  diatasi  di  negara kita   sekiranya  wujud  kesedaran  dan  rasa  tanggungjawab  dalam  diri  setiap  individu yang  bergelar  rakyat  Malaysia.Justeru itu, setiap  warga  masyarakat  tanpa  mengira  kaum  haruslah  bersatu  padu  menggembleng  tenaga  mencegah  dan  membanteras  penyakit  sosial  ini  agar  tidak  menular  dengan  lebih  serius dan  menjejaskan  pembangunan  dan  matlamat  negara  kita  untuk  mencapai  wawasan 2020.Hal  ini  kerana,gejala  ini  melibatkan  bakal  pemimpin-pemimpin  negara  kita  yakni remaja.Oleh  itu,marilah  kita  bersama-sama  berganding  bahu  membanteras  gejala  ini.Bak  kata  pepatah  hendak  seribu  dalih , tak  hendak  seribu  daya.

Isu Kesantunan - Ponteng sekolah

 
  Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontrakegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuanpolemik ini.

      Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

     
Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung  memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

      Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

       Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

   
Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

        Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

Video Kesantunan Berbahasa





Lagu yang memartabatkan penggunaan bahasa Melayu .